menu bar

Monday 6 October 2014

RESEPI RENDANG AYAM

Resepi Rendang Ayam


Judah yang penting bagi saya dan keluarga.. Tak sempurna tanpa rendang ayam ini.. Wajib ada.. Hihi.. 


Bahan-bahan yang diperlukan
  1. 1 ekor Ayam
  2. 2-3 labu bawang besar 
  3. 3 ulas bawang putih
  4. 1 inci halia 
  5. 1 cm kunyit hidup
  6. 4 batang serai 
  7. 1 inci lengkuas 
  8. 20 tangisan cili kering 
  9. Gula
  10. Garam
  11. 3 sudu besar kerisik 
  12. Daun kunyit
  13. 2 cawan santan


Cara-Cara memasaknya

  1. Potong dan bersihkan Ayam
  2. Kisar bawang merah, putih, halia,lengkuas,serai dan kunyit.
  3. Kisar cili kering
  4. Sediakan kualiti, masalah bahan blender tadi dan kacau sampai agak-agak kering
  5. Masukkan ayam, kacau sebati. Masukkan santan pulak dan kacau perlahan-lahan.
  6. Biar sampai kering sedikit, Masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
  7. Bila dah agak kering masukkan daun kunyit yang dihiris halus..
  8. Siap untuk dihidang.


Rendang ayam di makan bersama ketupat dan nasi himpit memang terasa sangat best... Raya aidiladha kali ini dalam keadaan yang sangat bersederhana... Sebelum itu saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha bagi yang beragama Islam....


No comments:

Post a Comment