menu bar

Monday 6 October 2014

KESAN TIDUR BERLEBIHAN



Kesan-kesan tidur berlebihan / hipersomnia

Pakar-pakar telah mencadangkan waktu tidur yang bagus adalah dicukupkan selama 6 jam setiap hari. Tidur memang menyeronokkan apatah lagi bila dalam keadaan keletihan bekerja. Had waktu tidur untuk golongan dewasa adalah tidak lebih dari 8 jam sehari. Tidur yang lebih akan memudaratkan kepada kesihatan kita.. Terdapat beberapa kesan akibat tidur yang berlebihan..


Kencing Manis
  • Terdapat beberapa kajian telah membuktikan bahawa individu yang tidur lebih lama daripada waktu yang sepatutnya cenderung kepada menghidap penyakit kencing manis. Walaupun kita sudah maklum penyakit kencing manis adalah penyakit turun temurun akan tetapi jika di amalkan tidur yang berlebihan risiko mendapatkan penyakit itu adalah tinggi.
Sakit Jantung
  • Sekiranya anda biasa tidur lebih daripada lapan jam sehari maka risiko unutk mendapatkan penyakit jantung adalah tinggi. Hasil dari penilitian jumlah tidur yang melebihi 9 jam hingga 12 jam sehari sangat tidak di galakkan kerana ia melebihi had waktu rehat yang sebenarnya.
Mudah Lupa
  • Tahukah anda bahawa tidur bagus untuk membentuk ingatan. Tetapi tidur yang lebih lama iaitu lapan hingga sembilan jam boleh meninggalkan kesan negatif  keatas tubuh badan anda. Pola tidur yang berlebihan boleh melambatkan fungsi sel otak sekaligus mengakibatkan masalah ingatan. Jika tidak di atasi dengan segera ia mungkin akan lebih bahaya dan akan mengundang kepada risiko nyanyuk apabila usia semakin meningkat.
Tekanan 
  • Banyak kajian telah membuktikan bahawa individu yang berhadapan dengan tekanan cenderung untuk tidur lebih lama daripada waktu yang sepatutnya. 
Kenaikan Berat Badan
  • Kadar metabolisma dalam badan berjalan sangat perlahan ketika anda sedang tidur.Sebab itu, bagi mereka yang tidur berlebihan berisiko tinggi untuk mengalami masalah obesiti berbanding mereka yang dapat tidur secara normal.

NOTA: Jagalah waktu tidur anda agar tidak berlebihan kerana ia akan memudaratkan kepada kesihatan anda. Sehari tidak kurang 6 jam masa untuk tidur.

No comments:

Post a Comment