menu bar

Tuesday 7 October 2014

TIPS ELAKKAN BERDENGKUR KETIKA TIDUR

CARA ATASI MASALAH BERDENGKUR KETIKA TIDUR



Anda mengalami masalah dengkur ketika tidur? Mungkin anda tidak perasan tetapi orang yang berdekatan sahaja yang akan perasan yang anda berdengkur ketika tidur. jadi jangan bimbang kerana situasi ini bukanlah masalah yang besar atau tidak boleh di rawat. Antara punca-punca yang menyebabkan anda berdengkur ketika tidur disebabkan tugasan harian anda yang terlalu berat. Jom ikuti tips-tips untuk mengelakkan anda berdengkur ketika tidur.
  1. Jangan kerja terlalu berat
  2. Bersihkan saluran pernafasan terutama rongga hidung dan mulut sebelum tidur.
  3. Tidak merokok atau mengambil alkohol serta elak daripada makan makanan yang mengandungi lemak kerana ia akan menyebabkan jus gastrik naik ke saluran pernafasan. 
  4. Kurangkan berat badan...
  5. Tidur dengan posisi mengiring dan pastikan kedudukan kepala lebih tinggi. Alaskan kepala dengan bantal atau tangan untuk melancarkan saluran pernafasan.
  6. Pastikan anda tidak mengalami selesema, hidung tersumbat atau sebagainya.
  7. Mandi dengan menggunakan air suam
  8. Penambahan garam dalam air madian merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah hidung tersumbat.
  9. Tukar bantal anda. Alergi dan debu dari bantal sebahagiannya juga adalah punca berdengkur.
  10. Minum banyak air. Anda mungkin mengalami dehidrasi ketika tidur.

Bagi mereka yang mengalami masalah berdengkur ketika tidur boleh cuba amalkan tips ini.. 

No comments:

Post a Comment