menu bar

Sunday 28 September 2014

KELEBIHAN AIR LEMON UNTUK KESIHATAN


12 KELEBIHAN AIR LEMON YANG PERLU KITA KETAHUI..
  1. Air lemon segar di minum terutamanya di waktu pagi kerana, ia membantu melegakan dan mencegah masalah penghadaman seperti kembung, gas usus, pedih ulu hati dan merangang penghadaman secara umum. 
  2. Lemon adalah antiseptik dan mempunyai kesan pembersihan yang kuat pada hati anda, buah pinggang dan darah. Ia juga mempunyai cara yang mudah untuk membersihkannya setiap pagi dan menampakkan perbezaan yang besar untuk tenaga harian dari semasa ke semasa.
  3. Cara yang terbaik adalah air lemon diminum di waktu pagi kerana ia penting untuk mendapatkan vitamin c untuk harian. Ia juga merupakan sumber folat dan mineral yang baik seperti kalium, kalsium dan magnesium.
  4. Lemon mempunyai kandungan mineral yang tinggi menjadikan mereka alkalizing pada badan. Sebenarnya bukan kandungan asid pada makan di luar yang membolehkan badan menentukan samaada ia mempunyai kesan asid atau alkali, tetapi cara ia dimetabolisma semasa penghadaman yang di kira. 
  5. Air lemon membantu dalam penghapusan dan membantu mencegah samada keterlaluan cirit-birit atau sembelit. 
  6. Minum air lemon dikatakan baik untuk memperbaiki kulit anda. Kandungan vitamin c yang tinggi akan membantu tetapi keseluruhan pembersihan, detoksifikasi, kesan antibiotik, dan antioksidan yang menjadi lebih penting. 
  7. Glucosides Limonoid adalah sebatian flavonoid yang menarik yang terdapat dalam lemon, beberapa kajian telah menunjukkan mungkin mempunyai ciri-ciri anti-karsinogen. Kesan perlindungannya juga nampaknya dapat bertahan lebih lama di dalam badan daripada kebanyakkan sebatian anti-kanser semulajadi. 
  8. Air lemon membantu hati anda untuk menghasilkan lebih banyak hempedu untuk membantu dalam pencernaan lemak. 
  9. Ciri-ciri antibakteria, limau boleh membantu dalam menyembuhkan jangkitan tekak. Jika anda mempunyai sakit tekak, anda boleh membuat minuman limau suam untuk diminum setiap beberapa jam.
  10. Air lemon juga dianggap mengurangkan jumlah lendir dan kahak yang dihasilkan dalam badan. 
  11. Banyak sumber pengurangan berat badan adalah daripada manfaat air lemon dan asid sitrik dalam pembakaran lemak.
  12. Air lemon jika dimimun di waktu pagi dapat mengurangkan bau mulut. Sebatian antioksidan dan antibiotik yang tinggi juga boleh membantu, mengurangkan bau badan dari masa ke semasa.  



No comments:

Post a Comment