Thursday, 11 September 2014
Khasiat Epal
Epal, buah berkhasiat untuk sekelurga
Sepertimana yang kita tahu epal adalah satu-satunya buah berkhasiat serbaguna. Ia sarat dengan antioksidan semulajadi yang mampu mengawet wajah agar sentiasa kelihatan cantik,ceria dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan usus dan jantung
Epal juga mengandungi serat, potassium, vitamin A, C dan antioksidan yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan jantung. Menurut hasil kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, memakan lebih banyak epal boleh mengelakkan daripada penyakit jantung dan kardiovaskular. Epal Washington boleh didapati dalam pelbagai jenis yang sedap belaka, termasuk yang popular iaitu Red Delicious, Cameo, Fuji Granny Smith ( dicadangkan paling sesuai untuk membuat jus ) beserta jenis lain seperti Braeburn, Jonagold Golden Delicious dan Cripps Pink. Kesemua jenis epal ini boleh didapati hampir sepanjang tahun di rangkaian pasar raya hiper, pasar raya terkemuka, pasar basah dan kedai runcit di merata Malaysia.
Labels:
Khasiat Epal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
good info..baru tau khasiatnya
ReplyDeleteDiariku Ceritaku
Mmg best..
ReplyDeletewww.anakummicomel.blogspot.com