menu bar

Monday 15 September 2014

KHASIAT BUAH DELIMA UNTUK IBU HAMIL



Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Hamil

Mengandungi Antioksidan
  • Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksida dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah kualiti, antioksidan juga dikatakan lebih baik dari buah beri biru, cranbery serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi antioksidan adalah dapat melawan radikal bebas yanng dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakkan sel dalam badan kita akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung dan alzheimer. 

Melindungi Jantung
  • Kajian Proceedings of The National Academy of Sciences menyatakan jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga meluruhkan tompokan plak yang terlekat di arteri. Dalam Journal of Cardiologi menyatakan pesakit koroneri ( PJK ) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1%. Aliran darah menurun sebesar 18%. 

Menurunkan Kadar Kolesterol
  • Menurut penelitian di America Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL ( kolesterol jahat ) pada tikus. Hal ini, menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL ( kolesterol baik ).

Mencegah dan mengubati kanser
  • Untuk pengetahuan, buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser. Bagaimana ia berfingsi.?
  • Jus buah delima dapat " menurunkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sihat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukkan sel kanser payudara ( ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan sel-sel leukimia kembali menjadi normal )

Membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat.
  • Dalam sebuah penilitian terhadap 50 lelaki yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA ( ukuran perkembangan kanser prostat ) dan dapat mengurangkan rawatan kimoterapi atau terapi hormon.

Mencegah dan melambatkan penyakit Alzheimer
  • Dalam sebuah kajian, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima.. Mereka mengumpulkan plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik.

Sumber Nutrisi
  • Sebiji buah delima memiliki selitar 40% vitamin ( harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin, dan vitamin A dan E.

Mengurangkan Batuk dan Asthma
  • Kandungan Asid arkorbik ( vitamin c ) yang tinggi pada buah ini merupakan ajen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada penyakit pada penghidap asthma dan lelah.

Khasiat Untuk Ibu Mengandung/ Ibu hamil

Buah delima dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Dalam sebuah kajian oleh Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus delima selama tempoh kehamilan, ia dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.

Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas. Bagi ibu yang mengandung, buah delima merupakan buah terbaik untuk di makan kerana ia kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.. Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa di hadapi oleh wanita hamil.


No comments:

Post a Comment