menu bar

Monday 29 September 2014

RAHSIA KHASIAT BUAH KIWI

KHASIAT BUAH KIWI UNTUK KESIHATAN

khasiat buah kiwi untuk kesihatan


Menariknya, menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding buah oren selain mengandungi dua kali ganda kandungan vitamin E berbanding avokado. Kandungan khasiatnya sesuai untuk hidangan untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit kencing manis kerana mengandungi GI ( indeks glisemik ) yang rendah serta mengandungi serat yang sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.

Buah kiwi sesuai di makan mentah bersama kulitnya. Selain menjadi penambah selera apabila dimasukkan dalam masakan, secara puratanya buah kiwi menyediakan kandungan vitamin C dan juga bahan lain seperti folat, potasium, dan zink yang sangat penting untuk mengekalkan kesihatan meyeluruh.


Kelebihan kandungan buah kiwi : 
  • Vitamin C - mengandungi 2 kali ganda vitamin c berbanding buah oren. Kandungan yang hanya perlu di ambil dua biji buah kiwi setiap hari untuk mendapatkan kadar yang di sarankan.
  • Vitamin E - jarang sekali terdapat dalam makanan rendah lemak semulajadi. Lebih-lebih lagi buah yang buah yang boleh menjadi sumber vitamin E ( yang dikenali sebagai vitamin yang kaya dengan kebaikan untuk kesihatan jantung dan antioksidan )
  • Asid Folik - sumber semulajadi diperlukan bagi menghalang kecacatan neutral di kalangan bayi ( manusia memerlukan asid folik sebelum dan ketika hamil ) untuk perkembangan otak dan kognitif di kalangan kanak-kanak  dan menghalang penyakit kardiovaskular. Setiap orang memerlukan zat itu dalam kadar yang mencukupi. Asid Folik penting sehinggakan ada negara yang mempertimbangkan untuk menambahkan asid folik ke dalam tepung gandum untuk memastikan masyarakatnya memperoleh asid folik yang mencukupi.
  • Potasium - mempunyai tahap yang hampir sama dengan pisang. Buah kiwi sumber potasium rendah garam berpontensi memberi manfaat dalam penjagaan tekanan darah dan jantung.
  • Lutein Karotenoid - bukan sahaja mengandungi kandungan lutein karotenoid tertinggi di kalangan buah-buahan, tetapi buah kiwi di buktikan jauh lebih baik dari sayuran dari segi bio. Ia boleh membantu masalah penglihatan yang berkait dengan usia tua.
  • Antioksidan ( contohnya polifenol dan karotenoid ) - berfaedah termasuk enzim unik lain. Memakan buah kiwi setiap hari adalah cara mudah untuk mendapatkan keperluan antioksidan seharian bagi melawan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan tekanan oksidatif.
  • Serat - Buah kiwi sesuai di makan unutk mengurangkan rasa kembung dan tersumbat. Diiktiraf sebagai pembantu kepada sistem pencernaan semulajadi. 




NOTA # Saya Pengedar Sah Shaklee kawasan Pulau Pinang. Jika anda berminat ingin dapatkan vitamin dari saya boleh hubungi saya 011-24015081 ( fadlyza ). Boleh sms/pm/whatsapp. 

No comments:

Post a Comment