menu bar

Monday 8 September 2014

PEMAKANAN SEIMBANG KAWAL RISIKO DIABETES



Tindakan mengawal paras glukos dalam darah, disamping diet dan senaman boleh mengurangkan risiko komplikasi penyakit kencing manis. Sebaik-baiknya kandungan karbohidrat dalam pemakanan perlu diawasi. Kurangkan kalori dalam memilih makanan yang mengandungi karbohidrat seperti roti putih dan nasi. Gantikan roti putih dengan roti gandum sekiranya perlu. Berjumpalah anda dengan pakar kesihatan bagi mendapatkan khidmat nasihat dan usaha mengubah tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Berikut adalah contoh makanan yang sesuai untuk dimakan bagi pesakit kencing manis/diabetes.

Susu
  • Kombinasi vitamin D dan kalsium sangat bagus untuk penderita diabetes. Kajian yang dilakukan keatas wanita yang mengambil lebih daripada 1000mg dan multivitamin D setiap hari kurang berisiko menghidap penyakit diabetes sebanyak 3% berbanding wanita yang tidak minum susu langsung.
Salmon
  • Salmon kaya dengan asid lemak Omega-3. Jenis lemak sihat ini berfungsi mengurangkan penyakit jantung, menurunkan berat badan, mengurangan peradangan serta memperbaiki perkembangan insulin. Selain itu, ikan juga mengandungi vitamin D.
Sereal atau Oatmeal
  • Sereal atau Oatmela merupakan sarapan sihat dan enak yang sangat digalakkan pengambilannya. Ia merupakan sumber tenaga. Jadi lengkapkan sarapan sereal dan oatmeal. 
Blueberry
  • Pterostilbene yang terdapat didalam blueberry menunjukkan kesan protein reseptor yang distimulasikan dalam sel, berperanan menurunkan kolesterol dan lemak. Pterostilbene juga mengkin membantu melawan kanser dan diabetes.
Brokoli
  • Kajian mendapati brokoli mempunyai zat penting yang mampu memperbaiki dan mengembalikan fungsi pembuluh darah yang rosak akibat kencing manis atau diabetes. Peneliti dari Universiti Warwick meyakini zat sulforaphane yang terkandung didalmnya membantu memulihkan pembuluh darah.
Bawang Putih
  • Bawang putih mempunyai galian tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium iaitu 529mg bg setiap 100mg. Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis asid berlebihan ( asidosis ) dan ia bertindak mengmbil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku keadaan tidak sedarkan diri atau koma. Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan kesemua galian ini berupaya merawat kencing manis ini.



No comments:

Post a Comment