menu bar

Sunday 7 September 2014

RESEPI NASI DAGING





BAHAN-BAHAN
  • 1biji bawang besar ( dihiris )
  • 1/2 inci halia ( dihiris )
  • 3 cawan beras basmathi
  • 1 paket perencah nasi daging ( boleh digantikan dengan rempah kurma )
  • 250 gram daging batang pisang. Bunga lawang dan kulit kayu manis.
  • Air rebusan daging secukupnya mengikut jumlah sukatan beras.

CARA MEMBUATNYA
  1. Rebus daging sehingga empuk dan asingkan air rebusan dan daging. Air rebusan juga dibuang kerana akan untuk memasak nasi daging nanti.
  2. Basuh beras sehingga bersih dan rendamkan selama 10 minitdan kemudian toskan.
  3. Bancuh perencah nasi daging dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
  4. Dalam periuk, panaskan 8 sudu makan minyak masak.Kemudian tumiskan hirisan bawang besar diikuti bunga lawang dan kulit kayu manis serta halia. Kemudian tumiskan sekali perencah yang telah dibancuh tadi sehingga naik bau.
  5. Selepas itu, pindahkan air rebusan daging dan kacau sebati dan tunggu sehingga mendidih
  6. Selepas mendidih, pindahkan kesemua bahan-bahan tadi masuk kedalam rice cooker. Kemudian masukkan beras dan juga daging , kacau sekejap kemudian masak nasi seperti biasa.
  7. Apabila nasi sudah masak, biarkan selama 15 minit. Kemudian dengan menggunakan garfu untuk gemburkan nasi. Tujuannya supaya nasi peroi dengan elok.
  8. Untuk hidangan, taburkan bawang goreng dan juga daun sup dan daun bawang.


 AIR ASAM
  • * 2 biji cili besardipotong
  • * 10-15 biji cili padi dipotong
  • * 1/2 cawan air asam jawa
  • * 1 inci belancan
  • * garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji tomato ( dipotong dadu )
  • 1 biji bawang besar ( dihiris nipis )
  • 1 sudu makan kerisik

CARA MEMBUATNYA
  1. Semua bahan yang bertanda * dikisar sehingga sebati 
  2. Didalam mangkuk , satukan bahan yang dikisar bersama-sama dengan tomato, bawang dan juga kerisik.
  3. Kacau sehingga sebati dan siapkan untuk di hidang


SELAMAT MENCUBA.....

No comments:

Post a Comment