menu bar

Tuesday 23 September 2014

KHASIAT BUAH NAGA UNTUK KESIHATAN

KELEBIHAN BUAH NAGA 

TIP KESIHATAN BUAH NAGA

Buah naga adalah dari keluarga cactecea yang tergolong dalam spesis kaktus dan semakin mendapat tempat di kalangan petani moden negara ini, kerana kaya dengan khasiat. Buah naga mempunyai isi sama seperti buah kiwi. Bagi buah naga yang isinya berwarna putih lebih mudah didapati di pasaran, akan tetapi mengikut pakar perubatan dan pemakanan, buah yang isinya berwarna merah lebih banyak khasiatnya.

Pada umumnya, pakar berpendapat buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport. Hasil dari penyelidikan buah naga merah cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.


BUAH NAGA MERAH BERKHASIAT

Manfaat buah naga merah
  • Kajian menunjukkan buah naga merah ni sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberikan tindak balas yang memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.
  • Buah naga merah juga boleh mencegah kanser usus serta mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa yang sama dapat menurunkan kadar lemak.
Secara keseluruhannya, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung, serat ( mengawal kanser usus, kencing manis dan diet ), karotin ( kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit ) kalsium ( menguatkan tulang ) fosferus ( menguatkan tisu badan ).

Buah naga mengandungi zat besi untuk menambah darah, vitamin B1 ( mengawal kepanasan badan ), vitamin B2 ( menambah selera ) vitamin B3 ( menurunkan kadar kolesterol ) dan vitamin C ( menambahkan kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat ).




Buah naga merah sememangnya lebih manis berbanding buah naga putih.. Saya sangat menyukai buah naga merah.. Tambahan pulak banyak khasiat yang terkandung dalamnya.. Buah naga jugak boleh buat masker juga taw.. Hanya dengan blender buah naga tersebut.


No comments:

Post a Comment