menu bar

Sunday 14 September 2014

KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU



10 Sebab Si Manja Mesti Minum Susu Ibu
  1. Risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu susu ibu pada usia tiga bulan pertama. Kebanyakan kematian berpunca penyakit cirit-birit yang serius. Ia berlaku kerana mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan. Secara asasnya penyusuan susu ibu adalah tunjang utama untuk kesihatan diri si manja.
  2. Ada segelintir ibu berkata, " Susu saya tak ada". Ibu perlu kerap menyusui anak pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Mitos susu belum ada adalah tidak benar. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum berharga.
  3. Susu ibu tidak pernah tercemar, bersih dn bebas bakteria. Antara sebabnya sel darah putih hidup ( leococytes ) yang membunuh bakteria. Antibodi yang dihasilkan oleh susu ibu ( immunoglobulins ) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri.
  4. Walaupun bayi tidak menyusu beberapa hari, susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Si manja boleh menyusu tanpa kira masa dan tempat.
  5. Si Manja lebih mudah menguasai bahasa. Kajian mendapati bahawa bayi yang mendapat susu ibu yang mencukupi akan lebih mudah untuk menguasai bahasa. Malah mampu meningkatkan perkembangan percakapan dan komunikasi anak-anak. Ia juga mampu menggelakkan masalah anak-anak lambat bercakap dan pelat.
  6. Daya tumpuan belajar lebih baik. Ini kerana ia mempuyai kandungan DHA susu ibu yang tinggi. DHA mempengaruhi perkembangan otak dan mata kanak-kanak. 
  7. Sesuai untuk bayi yang dilahirkan pramatang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. Ia kurang laktosa, lebih protein, laktofernin dan immunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan.
  8. Melindungi si manja daripada sebarang masalah kesihatan antara kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.
  9. Kajian yang di lakukan di Okaya University Gradute School of Medicine di Jepun, mendapati bahawa sehingga 50% bayi yang menyusu susu ibu dapat mengurangkan risiko masalah obesiti di kalangan kanak-kanak pada usia lapan tahun.
  10. Bayi yang menyusui susu ibu untuk jangka masa panjang, membantu membentuk pola makan sihat di kalangan kanak-kanak. Apa yang pasti secara umumnya, susu ibu adalah makanan yang lengkap mengandungi protein, vitamin dan mineral yang penting membentuk sistem pertahanan badan dan membantu pertumbuhan serta perkembangan bayi.

Dalam Shaklee juga ada SET IBU MENYUSU yang membolehkan membantu para ibu-ibu yang berada diluar sana untuk mendapatkan susu yang lebih banyak.. Susu ibu adalah susu yang terbaik sekali di dunia kerana tiada bahan tercemar. Air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepatkan pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan saraf.. 



 

No comments:

Post a Comment